Bahasa

Komuniti Muslim Universal (KMU) telah menyertai sebuah bengkel latihan untuk pelatih di London, United Kingdom bermula 11 hingga 15 Disember 2017 di Ibu Pejabat Komanwel berkaitan ucapan kebencian dan ekstremisme ganas melalui pendidikan hak asasi manusia serta naratif balas atau naratif alternatif yang positif. Latihan tersebut telah dianjurkan bersama oleh Counter Violent Extreme (CVE) Unit of The Commonwealth, Commonwealth Youth Peace Ambassador Network (CYPAN) and Council of Europe’s Youth Department. Seramai 38 orang pemimpin muda yang penuh bersemangat telah terpilih daripada 22 buah negara Komanwel seluruh dunia daripada Eropah, Caribbean, Afrika, Asia dan Pasifik termasuk Malaysia yang diwakili KMU. Para peserta telah berkongsi projek keamanan dan langkah-langkah terbaik mereka bagi mengatasi ucapan kebencian dan ekstremisme melalui mesej pengisian dan program kreatif mereka. Aktivis keamanan yang komited ini amat teruja untuk kekal bekerjasama dengan jaringan keamanan global ini demi sebuah dunia yang lebih baik dan harmoni.

Ini juga selari dengan gerak kerja strategik yang diambil KMU dalam mempromosi naratif positif di Malaysia berdasarkan hak asasi manusia dan keilmuan Islam progresif. Sebagai contoh KMU cuba mencabar naratif arus perdana yang berpotensi menyumbang kepada ketegangan kaum, ekstremisme agama, kebencian, diskriminasi dan penindasan melalui kempen atas talian dan bengkel. KMU mengajak para pembuat dasar, ahli akademik dan pemimpin agama serta belia untuk sama-sama mewujudkan kerangka yang adil dan saksama demi menyah ucapan kebencian yang semisal kepada bentuk keganasan. Paling pentingnya adalah sebuah kerangka anti-ucapan kebencian mampu melindungi insan khususnya kelompok terpinggir dalam masyarakat supaya dapat hidup aman dan harmoni, bukannya hidup dalam kebencian dan ketakutan.

Maklumat lanjut di laman web rasmi The Commonwealth di sini yang bertajuk “Harnessing the power of youth in the battle against hate speech”

 


English

Komuniti Muslim Universal (KMU) has participated in a Training of Trainers (ToT) course in London, United Kingdom from 11th to 15th of December 2017 at The Commonwealth Headquarter on addressing hate speech and violent extremism through human rights education and counter or alternative narratives that are positive. The training was jointly organized by Counter Violent Extreme (CVE) Unit of The Commonwealth, Commonwealth Youth Peace Ambassador Network (CYPAN) and Council of Europe’s Youth Department. 38  passionate young leaders have been elected from 22 commonwealth countries around the world from Europe, Caribbean, Africa, Asia and Pacific including Malaysia represented by KMU. All participants were sharing their peace building projects and best practices to counter hate speech and extremism through their creative counter messaging content and programmes. These committed peacemakers are keen to keep cooperating with this big global peace network for a better and harmony world.

This is also in line with the work that KMU has strategically been doing in promoting positive narratives in Malaysia according to human rights and progressive Islamic scholarship. E.g. KMU has challenged the mainstream narratives potential to contribute to racial tension, religious extremism, hatred, discrimination, and oppression through online campaigns and workshops. KMU calls for policy makers, academicians, religious and youth leaders, to work on a fair and just framework of anti-hate speech tantamount to violence. Most importantly, a good framework of anti-hate speech can protect the people especially the marginalized sections of society to live in peace and harmony not in hate or fear.

For more information, please visit The Commonwealth website here titled “Harnessing the power of youth in the battle against hate speech”