Bahasa Melayu

 

Komuniti Muslim Universal telah menyertai bengkel di peringkat rantau Asia Tenggara bertajuk “Keganasan Ekstrem dan Pendidikan Agama di rantau Asia Tenggara” diadakan pada 11 hingga 13 Disember 2017 bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Jakarta. Bengkel ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Projek “Enhancing the Role of Religious Education in Countering / Preventing Violent Extremism” (CONVEY), dengan kerjasama Pusat Pengkajian Islam dan Masyarakat, UIN syarif Hidayatullah dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Jakarta. Buat julung kalinya bengkel ini diadakan di rantau Asia Tenggara, menekankan peranan pendidikan keagamaan bersama wakil badan-badan kerajaan, organisasi kemasyarakatan, aktivis hak asasi manusia, pensyarah, penyelidik dan wakil Program Pembangunan PBB serta agensi PBB yang lain. Objektif-objektif penganjuran dapat dirumuskan seperti yang berikut:

 

  1. Untuk mengumpulkan dan memudahkan interaksi dalam kalangan penggubal dasar, pengamal undang-undang, ahli akademik serta penyelidik dalam perkongsian amalan terbaik di negara masing-masing.
  2. Untuk mengaitkan polisi dengan amalan
  3. Untuk memupuk kefahaman bersama dan mengenal pasti cabaran dan peluang di rantau Asia Tenggara
  4. Untuk memupuk rangkaian dalam kalangan pelbagai pihak berkepentingan demi menggalakkan kerjasama dan sinergi yang bersifat produktif
  5. Untuk menggalakkan pendidikan keagamaan yang berpotensi untuk memupuk amalan toleransi dan masyarakat inklusif serta menghasilkan natijah yang baik
  6. Untuk berkongsi dan menerima maklum balas daripada Program Pembangunan PBB – Unit Pengurusan Projek UIN Syarif (CONVEY).

Bengkel ini membincangkan hubungkait antara agama dan ekstremisme adalah sesuatu yang rumit. Agama dan kepercayaan seringkali diputarbelit, disalahguna dan dieksploitasi untuk membenarkan ektremisme. Walaubagaimanapun, tuntutan yang mengatakan bahawa agama punca utama kepada berlakunya ekstremisme hanya akan membawa kepada kesan negatif, menimbulkan stereotaip dan prasangka buruk terhadap sesuatu agama yang dianuti. Sebaliknya, agama sepatutnya dilihat sebagai salah satu faktor dari faktor-faktor lain dalam penilaian ekstremisme ganas. Pada masa yang sama, ia mempunyai potensi yang kuat dalam penyelesaian konflik. Secara tidak langsung, peluang ini perlu diterokai dengan lebih mendalam. Pendidikan, dari sudut lain ialah mekanisme berkesan dalam memupuk keamanan juga merupakan salah satu okus utama Pelan Tindakan Setiausaha Agung PBB.

Walaupun pendidikan keagamaan tidak disebut secara jelas dalam rancangan ini, ianya mempunyai peranan penting dalam usaha menangani dan mencegah keganasan di rantau Asia.  Kebanyakan pendidikan keagamaan di Asia Tenggara dikawal selia oleh undang-undang negara masing-masing berdasarkan pola hubungan antara agama dan negara. Perbezaan ini dapat dilihat dari sudut kurikulum di sekolah, bahan pengajaran dan kesusasteraan, metodologi pedagogi dan peranan pihak lain. Tambahan lagi, banyak institusi, badan kerajaan dan sekolah yang mempunyai kaitan dengan pendidikan keagamaan. Kepelbagaian ini memerlukan analisis yang lebih sensitif dan bersifat komprehensif untuk meneroka potensi pendidikan agama dalam memupuk masyarakat yang toleran dan inklusif di rantau Asia Tenggara khususnya.

“Dokumen Hasil mengenai Pendidikan Keagamaan dan kaitannya dalam Pencegahan Keganasan Ekstrem” akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk menyediakan analisis dan cadangan dalam empat tahap pendidikan iaitu; pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan seterusnya di institusi pengajian tinggi. Dokumen ini akan menjadi garis panduan dasar untuk aktiviti susulan.  

Pada KMU, bengkel serantau ini memainkan peranan holistik dalam memahami proses radikalisasi di rantau Asia Tenggara. Bengkel ini amat bermanfaat untuk bertukar-tukar pengetahuan mengenai amalan terbaik melawan naratif ekstremis di negara masing-masing seterusnya boleh diterima pakai di Malaysia. Antara penemuan yang menarik termasuklah dasar keterbukaan institusi keagamaan di Indonesia dan Kemboja untuk berkerjasama dengan organisasi lain dalam hal pembaharuan pro hak asasi manusia dan hak golongan minoriti.

KMU telah berkongsi buah fikiran dan cadangan sebagai organisasi berasaskan agama dan hak asasi manusia di perbincangan meja bulat tersebut. Ini sejajar dengan kempen kesedaran KMU melalui dialog dan bengkel untuk mencapai persefahaman, inklusiviti dan toleransi. Akhir sekali, untuk memperkasa pelbagai pihak berkepentingan seperti pemimpin agama untuk mempengaruhi perubahan akar umbi bersesuaian dengan realiti yang berubah-ubah dan semestinya lebih mencabar.

 


 

English

 

Komuniti Muslim Universal (KMU) has joined a workshop titledViolent Extremism & Religious Education in Southeast Asia’ that was held on 11th to 13th December 2017 at the Mandarin Oriental Hotel, Jakarta. It was organized by the Project Management Unit of “Enhancing the Role of Religious Education in Countering/Preventing Violent Extremism” (CONVEY), in collaboration with Center for the Study of Islam and Society State Islamic University of Jakarta (Pusat Pengkajian Islam dan Masyarakat, UIN Syarif Hidayatullah) and United Nations Development Programme (UNDP) Country Office Indonesia. This is the first of its kind in the region, emphasizing on the role of religious education and bringing together government representatives, practitioners of civil society organisations and activists of community based organisations, academics and researchers and UNDP as well as other UN agencies’ representatives. The objectives of the workshop are formulated as follows:

  1. To gather and facilitate interaction among policy makers, practitioners and academics/researchers sharing the best practices and lessons learnt
  2. To link policy and practice
  3. To develop a common understanding and to identify challenges and opportunities in the region
  4. To encourage networks among various stakeholders to promote productive collaboration and synergy
  5. To explore the potential of religious education to create more tolerant and inclusive societies and formulate tangible recommendations
  6. To share and receive feedback on the UNDP – UIN Jakarta’s  Project Management Unit of “Enhancing the Role of Religious Education in Countering/Preventing Violent Extremism” (CONVEY) project.

It was discussed that the relationship between religion and violence is complex. Religious beliefs are often distorted, misused, and exploited to legitimize violent extremism. Nonetheless, claiming religion as the root cause of violence can bring adverse impacts, such as stereotypes and prejudices towards one particular religion. Instead, religion should be viewed as one of many factors in the dynamics of violent extremism as at the same juncture, it contains a powerful potential to resolve and transform conflict.  Unequivocally, this need to be further explored and untapped. Education on the other hand is one of the strategic tools in establishing the culture of peace and one of seven priority areas of the UN Secretary General’s Plan of Action.

While religious education is not mentioned explicitly, it plays a crucial role in this area in different countries in Asia to prevent violent extremism. It is suggested that religious education across Southeast Asia is governed by the national laws emanating from countries respective patterns of religion-state relation’. These differences can be observed in school curricula, teaching materials and literature, pedagogic methodology, or the actors involved. Moreover, a variety of institutions, government bodies and schools themselves are involved in religious education. The diversity requires a comprehensive and sensitive analysis to explore and tap into potentials of religious education to create more tolerant and inclusive societies in Asia.

“Outcome Document on Religious Education and its link with Preventing Violent Extremism” will be released soon to provide a brief analysis and recommendations on four specific levels of education – early childhood, basic/elementary, middle and higher education. This document will be the baseline for follow-up activities.

For KMU, this workshop plays a holistic role in providing better hindsights of understanding the nature of radicalisation in the region of Southeast Asia. It has benefited KMU in term of exchanging best practices to counter extremist narratives in their home countries which can be adopted in Malaysia. Interesting findings include the willingness of their religious authorities in Indonesia and Cambodia to participate in a progressive discourse on pro human rights reform and on the rights of minorities.  

KMU has shared its thoughts and ideas during the multilateral discussion as a faith-based and human rights organization.  This is in line with KMU’s awareness campaigns via dialogues and workshops to achieve mutual understanding, inclusivity and tolerance. Lastly, to empower different stakeholders to affect grassroot change like religious leaders to suit the changing realities that inherently more challenging.