Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (The United Nations Security Council (UNSC) pada 9 Disember 2015, menerima sebulat suara satu resolusi perintis mengenai Belia, Keamanan dan Keselamatan di mana resolusi ini mengiktiraf “Golongan belia pada hari ini mempunyai peranan yang penting dan positif dalam usaha mengekalkan dan menggalakkan keamanan dan keselamatan sejagat”

Resolusi UNSC (UNSCR) 2250 (2015) mengenalpasti 5 prinsip yang digariskan untuk tindakan: iaitu; Penyertaan, Perlindungan, Pencegahan, Kerjasama dan Pengunduran  serta Perintegrasian Semula . Resolusi penting ini menggesa negara-negara anggota untuk menambah ruang dan peluang untuk golongan belia dalam  kuasa untuk membuat keputusan di peringkat tempatan, kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa. Negara-negara yang terlibat turut digesa untuk mempertimbangkan keputusan untuk membina mekanisme yang mampu membolehkan belia melibatkan diri mereka dalam proses membina dan memupuk keamanan sejagat.

Majlis Keselamatan juga memohon kepada Setiausaha Agung PBB untuk melaksanakan satu kajian mengenai sumbangan-sumbangan positif belia dalam pupukan keamanan dan penyelesaian konflik. Negara-negara anggota juga digesa untuk “menaiktaraf, (mengikut kesesuaian), aspek sokongan politik, kewangan, teknikal dan logistik, yang mengambil kira soal keperluan dan penglibatan belia dalam usaha mengekalkan keamanan, dalam keadaan semasa dan selepas konflik, termasuk segala usaha yang dilaksanakan oleh badan-badan berkaitan, dana-dana dan program-program, dan badan-badan lain yang berkepentingan (..) dan penggerak-penggerak di peringkat serantau dan antarabangsa.

Sebelum pemakaian resolusi ini, wakil tetap dari Jordan menyatakan bahawa resolusi ini dianggap sebagai peneraju utama, yang bakal memberi impak penting terhadap belia, keamanan dan keselamatan.  Diikuti oleh usaha-usaha yang diambil oleh Putera Mahkota Jordan berkenaan perbahasan tematik peringkat tertinggi di Majlis Keselamatan PBB dan Forum Global mengenai Belia, Keamanan dan Keselamatan anjuran bersama Kerajaan Hashemite Jordan, PBB dan beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Oman, pada Ogos 2015.

UNSCR 2282 (2016) mengenai Kajian Semula Konvensyen Pembangunan Keamanan PBB merujuk secara jelas kepada UNSCR 2250, dengan menegaskan kembali “peranan penting yang boleh dimainkan belia dalam pencegahan dan penyelesaian konflik dan juga sebagai aspek utama dalam kemampanan, keterangkuman dan keberhasilan dalam mengekalkan keamanan dan usaha-usaha membina keamanan”, dan juga seruan untuk “Negara-negara anggota dan badan-badan PBB yang berkaitan untuk mempertimbangkan kaedah mempertingkatkan penyertaan bermakna dan inklusif dalam kalangan belia ke arah usaha membina keamanan (…)”.

 

Teks Penuh Resolusi 2250 : http://www.un.org/en/ga/search/view_doc.asp?symbol=S/RES/2250(2015)&referer=/english/&Lang=E