(Bangi, 6 Julai 2018) – KMU Malaysia telah dijemput ke sidang meja bulat Bengkel Penyelidikan: “Projek Bancian Serantau mengenai Pluralisme dan Ekstremisme: Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penemuan baru mengenai ekstremisme ganas di keempat-empat buah negara ini termasuklah sikap berbahaya masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap ekstremisme dan persepsi mereka terhadapnya. Secara ringkas, penemuan tersebut menunjukkan sistem pendidikan perlu ditransformasikan. Terutamanya di rantau Nusantara, di mana sistem Pondok memainkan peranan yang diiktiraf dalam mendidik mesyarakat awam. Untuk menyahkan ekstremisme agama bermaksud untuk menyahkan pelaku dan ideologi itu sendiri kerana ekstremisme agama bukanlah datang secara tiba-tiba.

Oleh itu, KMU Malaysia mencadangkan agar penafsiran dan kurikulum turath di Pondok-pondok seluruh Nusantara dapat menjadi lebih inklusif, mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu dan bersesuaian dengan abad ke-21. Proses ini akan memakan masa lama untuk direalisasikan bersama sokongan dari pihak kerajaan, tenaga pengajar yang berpengetahuan dan advokasi bersama badan bukan kerajaan. Selain itu, hubungan antara pengurusan pondok, Tok guru dan ahli keluarga sangat diperlukan dalam menjadikan ini satu kejayaan.

 


Transformation of Pondoks in the Effort to Prevent Religious Extremism 

(Bangi, July 6, 2018) – KMU Malaysia was invited to a roundtable discussion on Research Workshop: “Regional Survey Project on Pluralism and Extremism: Malaysia, Indonesia, Thailand and Philippines” at the National University of Malaysia (UKM). New findings with regard to violent extremism in the four countries include the alarming attitude of Muslims and non-Muslims towards extremism and their perception on extremism. In summary, the findings show that the education system must be transformed. Especially in the region of Nusantara, the Pondok system (traditional school) plays a central role in educating the masses. To destabilize religious extremism meaning that to destabilize the perpetrators and the ideology itself. Because religious extremism does not just come out of a thin air.

Therefore, KMU Malaysia proposes that the interpretation of turath curiculum in Pondoks across Nusantara can be more inclusive, multidisciplinary and suited with current context of 21st century. This process would take time to be realistic with the backbone of strong supportive government, informed teachers and engaging grassroot advocacy with civil societies. This also goes without saying, that the symbiosis between the Pondok management, Tok Gurus (religious leaders) and family members are urgently needed in making this effort a success.