Coffee Talk Siri #4: ‘Pemimpin dan Kebebasan Beragama: Penyatu atau Pemisah?’

 

Tarikh: 5 Disember 2020 | Sabtu

Masa: 8.30 – 9.30 pm (MYT)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/KMUCTSeries4

 

Para pemimpin negara dan agama mempunyai peranan penting untuk melindungi hak beragama dan kepercayaan melalui kuasa eksekutif dan legitimasi yang mereka miliki dalam masyarakat. Namun, peranan mereka dalam hal ini kurang dipertanggungjawabkan. Ada juga yang melontarkan kritikan terhadap dasar dan ucapan mereka yang tidak mendukung nilai-nilai hak asasi manusia supaya lebih bersifat inklusif kepada golongan minoriti agama dan kaum.

Lantas, perbincangan panel kali ini ingin menekankan peranan mereka dalam melindungi hak beragama dan kepercayaan mengikut garis panduan dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa dan dalam konteks negara bermajoriti Muslim? Bagaimanakah garis panduan dan amalan terbaik ini boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai cabaran tertentu seperti pelbagai bentuk diskriminasi dalam masyarakat dan undang-undang, peningkatan ucapan kebencian terutamanya dalam talian dan kurang kesedaran pendidikan antara agama dan kaum? Jika ada ruang penambahbaikan, yang manakah boleh menjadi keutamaan dan munasabah untuk dilakukan sekarang?

 

Maklumat Panelis

 

Teo Lee Ken

Dr. Teo Lee Ken adalah penaja bersama Parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) dan merupakan seorang penyelidik bebas dengan tumpuan kajiannya merangkumi lapangan sejarah politik, sosiologi ilmu dan budaya, dan politik perbandingan di Asia.

 

Calvin Ohsey

Calvin Ohsey merupakan seorang aktivis interfaith yang aktif dalam diskursi dialog antara agama dan peranan agama dalam masyarakat. Merupakan graduan ijazah sarjana muda komunikasi data dan perangkaian dari UiTM Shah Alam. Pernah berkhidmat sebagai operator komputer bagi bank OCBC. Pernah berkhidmat dengan gereja Katolik bagi Diosis Melaka Johor selama 5 tahun dalam pembangunan belia kampus, dialog antara agama, ekstremisme, dan juga pembangunan pastoral gereja.

 

Melanie Siaw

Dr. Melanie Siaw, fasilitator untuk Alternative to Violence Project Malaysia, dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Beliau merupakan generasi ketiga keluarga imigran dari China. Cinta beliau terhadap tanah air ini mendorongnya untuk membina satu budaya perdamaian yang menghargai jurang perbezaan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

 

Andi Suraidah

Andi Suraidah (she/her) merupakan seorang aktivis feminis yang berminat dengan pertindanan seputar isu-isu perempuan, keberagamaan seksualiti, kebebabasan beragama dan hubungkait dengan perundangan dan hak asasi manusia. Pengasas bersama Legal Dignity, inisiatif ini menawarkan bantuan perundangan berkenaan akses kepada keadilan dan membela hak asasi komuniti gender beragam di Malaysia.

 

Moderator

 

Ahmad Salami

Ahmad Salami adalah seorang aktivis sosial dan politik. Beliau menulis di beberapa portal tempatan berkaitan isu semasa dan hak asasi manusia. Menjadi fellow YSEALI kluster profesional di Utah, USA pada 2019. Memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang Islamic Jurisprudence di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).