Loading Events
  • This event has passed.

KMU Malaysia dengan berbesar hatinya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Perluncuran Rasmi KMU yang menampilkan Forum Khas bertajuk “Ancaman dan Penyelesaian kepada Radikalisme Agama“. Para panelis terdiri daripada wakil IMAN Research, G25 dan MPV. Majlis turut diringi dengan sebuah persembahan istimewa oleh Ani Zonneveld dan Azeem Lenin.

Masa Aturcara
07:00 PM Ketibaan
08:00 PM Ucapan Alu-Aluan oleh Pengasas / Pengarah Projek KMU
 08:15 PM  Forum Khas bersama G25, MPV dan IMAN Research
 09:15 PM  Simbolik Perluncuran Rasmi KMU Malaysia & Tayangan Video Khas #SarasehanKMU
 09:30 PM  Bacaan Doa oleh sdri. Shifa Asri
 09:35 PM  Makan Malam & Persembahan Istimewa
 10:00 PM  Lelongan Amal
 10:30 PM  Bersurai
 08:15 PM  Forum Khas bersama G25, MPV dan IMAN Research

Dato' Noor Farida Ariffin
Dato' Noor Farida AriffinKumpulan G25 Malaysia
Ani Zonneveld
Ani ZonneveldMuslim for Progressive Values
Afiq M. Noor
Afiq M. NoorIMAN Research

Jika anda berhasrat untuk menghadiri Forum Khas Bersama G25, MPV & IMAN Research dengan membeli tiket Majlis Makan Malam Amal KMU ini, anda dipersilakan untuk berbicara melalui e-mel kami salam@kmumalaysia.org atau hubungi sdri. Milya di talian +6010 255 2159.

 

Karisma Harga Per Meja (10 orang) Harga Tiket Per Individu
Ar-Rahman
Yg. Maha Pengasih
RM 5,000.00 RM 500.00
Ar-Rahim
Yang Masa Penyayang
RM 3,000.00 RM 300.00
As-Salam
Yang Maha Sejahtera
RM 1,500.00 RM 150.00

 

KMU Malaysia dengan penuh sukacitanya mengumumkan tajaan tiket untuk Kerusi ar-Rahman bernilai RM500 untuk Majlis Makan Malam Amal & Forum Khas KMU Malaysia bersempena #SarasehanKMU yang akan menampilkan wakil MPV, G25 & IMAN Research pada Sabtu, 14 Nov 2015 di Hotel Swiss-Garden KL.

Tajaan Khas ini dibuka kepada semua individu yang berminat, terutamanya mahasiswa dan belia, yang berkongsi aspirasi dengan pasukan KMU Malaysia. Hanya isi borang dan karang sedikit penulisan berasaskan tema #SarasehanKMU dalam 400-600 patah perkataan di capaian yang telah disediakan dan nantikan pengumuman oleh KMU. Lebih menarik lagi, penulisan yang terpilih akan ditampilkan di laman web KMU! Selamat mencuba!

 

KLIK DAPATKAN TAJAAN!

 

 

Sponsorship English v2-01