KMU di Persada Dunia

Komuniti Muslim Universal (KMU) Malaysia merupakan organisasi keagamaan yang dipimpin oleh belia. KMU sentiasa menempatkan diri dalam perbincangan dan proses melibatkan Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Lestari yang menekankan 4 matlamat antaranya yang berkait rapat dengan KMU iaitu kualiti pendidikan, kesetaraan gender, keamanan dan keadilan. KMU juga telah menceburi di dalam beberapa bidang yang ditawarkan oleh Agensi Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyampaikan suara belia dan masyakat umum mengenai hak asasi manusia.

Matlamat Pembangunan Lestari

APAC Urban Youth Assembly (APUFY), 6th APAC Urban Forum (APUF-6) dan APAC High Level Preparatory Regional Meetings for Habitat III (APRM)
Bermula daripada 17-22 Oktober 2015, tiga mesyuarat yang berkaitan dengan pembangunan bandar yang lestari dan Agenda Urban Baru di rantau Asia-Pasifik telah berlangsung di Jakarta, Indonesia. Ini adalah Asia-Pacific Urban Youth Assembly (APUFY), the 6th Asia-Pacific Urban Forum (APUF-6) dan Asia-Pacific High Level Preparatory Regional Meetings for Habitat III (APRM).
Kumpulan UN Major Group for Children and Youth (UN MGCY) turut aktif dalam semua tiga forum, bagi memastikan keutamaan dan cadangan daripada belia rantau Asia-Pasifik seperti Komuniti Muslim Universal (KMU) yang merupakan organisasi yang dipacu oleh belia. Selain daripada Jakarta menjadi tuan rumah untuk sesi panel serta penganjuran acara sampingan, pasukan turut aktif dalam mewujudkan dokumen polisi, mesyuarat dua hala dengan negara-negara anggota dan pihak berkepentingan, dan meningkatkan keutamaan belia dalam sesi utama dan sampingan.
Capaian
Urban Thinkers Campus (UTC) di Kuching, Sarawak

Bandar-bandar dan penduduknya pada hari ini menghadapi peningkatan masalah kesihatan namun tetap mempunyai peluang yang signifikan untuk menggalakkan dan meningkatkan kesihatan tersebut. Urban Thinkers Campus (UTC) yang telah diadakan di Kuching, Malaysia pada  24-27 Januari 2016, bertujuan untuk meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tengah-tengah Agenda Urban Baru melalui penilaian bersepadu yang berhubungkait dengan sektor lain, tindakan keutamaan dan jurang pengetahuan.

Ia juga bertujuan untuk:

  1. menyatakan dengan jelas set prinsip untuk penempatan yang mampan, adil dan sihat; dan
  2. membangunkan agenda penyelidikan untuk memudahkan pelaksanaan prinsip tersebut.

Antara agenda yang dibawa Komuniti Muslim Universal (KMU) ialah keharmonian dan kesepaduan masyarakat penting untuk menjadi “global north” dan penglibatan belia perlu dititikberatkan dalam proses polisi badan kerajaan dan bukan kerajaan. 

Capaian
Konferens Kebebasan Agama dan Kepercayaan di Bangkok, Thailand

Bermula dari 30 September hingga 1 Oktober 2015, Asian Forum for Human Rights and Development (FORUM-ASIA), International Commission of Jurists (ICJ), dan Boat People SOS (BPSOS) telah bersama-sama menganjurkan sebuah persidangan di Bangkok. Persidangan serantau yang membincangkan keprihatinan dalam mempromosi dan melindungi kebebasan beragama atau kepercayaan yang merupakan salah satu kebebasan yang diperjuangkan oleh Komuniti Muslim Universal (KMU).

Capaian
Felo Akademik YSEALI di Amerika Syarikat

On January 8 – February 13, 2016, 20 YSEALI Academic Fellow from five countries has joined a winter program on Religious Pluralism hosted by Temple University, Philadelphia, PA. Participants for this intensive five weeks program have discussed on U.S. constitution, history, society, and institutions within the context of religious pluralism and interfaith dialogue.

KMU representative had been given the opportunity to visit religious site, memorial center, and human rights organization. Not only that, KMU delegate had met with the U.S. community leaders of different faiths that advocate for collaboration and tolerance among religious groups, examine the leadership role that religious officials play in their own societies, and develop ideas for how they can work with leaders, of similar or different faiths, to bring about positive social change.

Forum Global ke-7 United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC) di Baku, Azerbaijan

“Hidup Bersama Dalam Masyarakat Inklusif : Cabaran dan Matlamat” merupakan tema Global Forum kali ke-7 United Nations Alliance of Civilizations (UNAOC) yang telah diadakan dari 25 hingga 27 April 2016 di Baku, Azerbaijan. Forum ini menekankan beberapa perspektif untuk mencapai inklusiviti atau keterangkuman kemasyarakatan global menongkah cabaran moden seperti multiculturalism atau idea kepelbagaian budaya. Wakil Komuniti Muslim Universal (KMU) telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam perbincangan bilateral belia berlainan benua. Isu extremisme agama tidak lupa untuk dibicarakan di mana masyarakat luar selain Malaysia juga menerima kesan tersebut. Ia antaranya berikutan tiada pendedahan mengenai amalan atau budaya asing dan ketidak penerimaan terhadap pendapat alternatif seterusnya menyebabkan fikrah jumud dan tiada rasa hormat antara insan. 

Program Pertukaran Suara Muslim UK-Malaysia di London, Britain

Program ini dibuah firkirkan oleh Perdana Menteri Briton, David Cameron yang melawat Malaysia pada July 2015. Program ini adalah untuk memanggil wakil NGO yang bergiat dalam kerja-kerja melawan radikalisme agama seperti Komuniti Muslim Universal (KMU). Ini juga selari dengan hasrat kedua-dua buah negara untuk membanteras ideologi dan pergerakan yang mempunyai potensi membawa gejala extremisme. KMU melihat setiap individidu dan organisasi perlu memainkan peranan dalam memastikan isu ini dikawal sama ada di sekolah, universiti, tempat kerja, rumah, kawasan kejiranan dan rumah ibadat. Pemikiran extrem ini amatlah berbahaya dan sukar untuk dibendung jika pemimpin agama contohnya tidak bersepakat dan secara tidak langsung meniru atau menyokong kumpulan radikal ini.