Ringkasan Mengenai Kempen #Kebersamaan

Kebersamaan atau #Togetherness ialah kempen untuk membangunkan wacana positif mengenai kebebasan beragama dan menyebarluaskan nilai-nilai seperti anti-keganasan, anti-diskriminasi dan hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah video kempen berbentuk infografik, webinar bersama pakar dan pemimpin belia, penulisan separa akademik atau anekdot berdasarkan pengalaman peribadi, booklet ringkas dalam pelbagai bahasa mengenai kebebasan beragama dan syarahan umum.