KUALA LUMPUR / 26 November 2018 – Komuniti Muslim Universal (KMU) menentang sekeras- kerasnya insiden kekecohan dan keganasan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman. Setiap seorang yang terlibat mencetuskan ketegangan dalam insiden terbabit perlu disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan tanpa kompromi.

 

KMU menggesa orang ramai supaya mengelakkan daripada menyebar berita, komen dan mesej palsu yang berbaur perkauman dan spekulasi tidak berasas di media sosial. Ia merupakan satu tindakan tidak bermoral dan merupakan kesalahan jenayah sengaja membangkitkan api perkauman, ketegangan dan kebencian antara kaum dan agama di negara ini.

 

Justeru, kerajaan, agamawan, ahli politik tanpa mengira parti politik, pemimpin komuniti berbilang bangsa perlu bersama memainkan peranan sebagai ‘pendamai’ dengan konsisten membina naratif yang positif dan inklusif. Rakyat Malaysia perlu berdiri atas satu neraca, bersama-sama menolak keganasan dan bersatu-padu mengekalkan keamanan.

 

Sekian,

Komuniti Muslim Universal (KMU)

 

 

Sumber Gambar: Firdaus Latif