Artikel ini diambil dari bab “Syariah dan Undang-undang Keluarga Islam:
Peralihan dan Transformasi” oleh Profesor Abdullahi Ahmed An Nai’m di dalam
bukunya Undang-undang Keluarga Islam: Sumber Ilmiah Antarabangsa. Profesor
An Nai’m telah membuktikan bahawa undang-undang keluarga Islam tidak sama
dengan tuntutan Syariah sebenar. Ini disebabkan oleh undang-undang keluarga
Islam dibuat berdasarkan tafsiran dan penghakiman manusia, bukannya
berasaskan perintah dari Allah SWT. Undang-undang keluarga Islam boleh
berubah berdasarkan tafsiran baru untuk mencapai keadilan dan kesamarataan
untuk wanita Islam di dalam keluarga dan masyarakat kini.
Begitu banyak kecelaruan mengenai Syariah dan undang-undang
keluarga Islam.
Apakah undang-undang yang digunakan oleh negara-negara Islam
sebelum dan semasa proses penjajahan?
Pemahaman bagaimana undang-undang keluarga Islam dipraktikkan
pada masa ini.
Begitu banyak kecelaruan mengenai Syariah dan
undang-undang keluarga Islam
Apakah maksud Syariah?
Di dalam bahasa arab, Syariah bermaksud “cara” atau “jalan”. Ia disebut Sha-
ree-ah. Syariah bukan sistem perundangan. Secara keseluruhannya, ia ialah cara
hidup Islam seperti yang difahami oleh adat dan tafsiran terdahulu. Tarsiran ini
berasal dari abad ke-700 hingga ke-900 tidak jauh dari abad ke-632 dimana
Nabi Muhammad SAW wafat. Syariah boleh berubah mengikut keperluan umat
Islam.
Adakah Syariah merupakan “ungkapan atau perkataan Allah”?
Tidak. Syariah tidak didedahkan oleh Allah SWT. Ia berasal dari Al Quran dan
segala apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Sebahagian dari sumber-sumber Syariah ialah bersifat ketuhanan oleh orang
Islam seperti Al Quran. Walaubagaimanapun, Syariah dicipta oleh manusia yang
menafsir Al Quran dan percakapan juga perbuatan Nabi Muhammad SAW.
Bagaimana Syariah boleh wujud?
Untuk memahami bagaimana Syariah hadir, sejarah adalah subjek penting untuk
difahami. Nabi Muhammad SAW dikatakan lahir pada abad ke-570. Al Quran pula
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bermula pada abad ke-610. Orang
Islam terdahulu mengikuti ajaran Al Quran dan contoh yang ditunjukkan oleh
Nabi. Jika mereka mempunyai soalan atau kegusaran, mereka akan terus
bertanya kepada Nabi. Selepas kewafatan Nabi, meraka akan bertanya kepada
keluarga baginda dan para sahabat, itu pun jika mereka mempunyai idea yang
bernas untuk memberikan jawapan. Keluarga baginda dan para sahabat selalu
bercerita mengenai perkara yang dilakukan atau disebutkan Nabi untuk
membantu mereka mencari jawapan. Penceritaan tersebut dipanggil Hadith.
Tidak berapa lama dari kewafatan para sahabat, keluarga baginda dan orang
yang mengenali baginda, manusia perlu mencari jawapan berdasarkan Al Quran
dan Hadith. Mereka mula melihat kepada corak, “pernahkah baginda
memberikan jawapan yang sama berkenaan dengan situasi yang sama?” dan
prinsip-prinsip, “Adakah Al Quran juga memberitahu supaya menjadi ihsan di
dalam situasi yang berbeza?”. Corak dan prinsip ini diletakkan di dalam satu
sistem bersama dengan hukum dari Al Quran dan Hadith. Jadi manusia boleh
mendapat jawapan kepada persoalan yang timbul. Orang yang mempunyai
tafsiran yang lama juga mengadukkan perkara-perkara lain seperti amalan-
amalan yang biasa dilakukan semenjak dari zaman mereka dan amalan-amalan
budaya dari kawasan mereka di dunia ini.
Bagaimana Syariah dipraktikkan semasa permulaannya?
Masa terus berlalu, manusia mempunyai persoalan mengenai permasalahan
baru. Ulama’ agama menggunakan Syariah untuk menyelesaikannya.
Tujuaannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Nabi Muhammad SAW
seperti baginda masih hidup. Ulama’ terdahulu memanggil tafsiran Syariah
sebagai Ijtihad.
Ia tidak boleh dinafikan bahawasanya walaupun Ulama’ adalah golongan yang
beragama dan berpelajaran, mereka masih boleh melakukan kesalahan.
Kadangkala mereka tidak bersetuju antara satu sama lain. Oleh yang demikinan,
lahirnya mazhab-mazhab Islam yang berlainan, dipanggil mazhahib.
Berbezakah Syariah dengan undang-undang Islam?
Ya. Syariah bukan sistem perundangan. Ia ialah prinsip-prinsip Islam untuk
membantu manusia mencari jawapan dan mengandungi amalan-amalan budaya
yang perlu mengikut masa tertentu dan tempat tertentu mengikut sejarah.
Pemimpin-pemimpin Islam mahu menjadikan Syariah sebagai undang-undang.
Untuk merealisasikannya, mereka harus memilih yang mana satu perlu menjadi
undang-undang. Kemudian, mereka menggunakan tafsiran Syariah untuk
menunjukkan kepada manusia yang undang-undang baharu mereka itu bersifat
keislaman. Kesannya, kita memanggilnya undang-undang Islam. Undang-undang
Islam selalunya berasal dari tafsiran Syariah oleh manusia (tafsiran Al Quran dan
Hadith). Oleh kerana tafsiran tersebut ialah tafsiran manusia undang-undang
Islam boleh membawa maksud yang berlainan mengikut zaman dan tempat yang
berbeza.
Kini, tafsiran Syariah masih dikongkong oleh peraturan tafsiran (iaitu Usul Al
Fiqh) yang diperkenalkan oleh Ulama’ sebelum abad ke-900. Lebih ramai Ulama’
sekarang menyeru Ijtihad baru untuk menyesuaikannya dengan perubahan
keperluan masyarakat Islam di zaman moden ini.
Adakah negara-negara Islam sekarang menggunakan undang-undang
Islam?
Ya dan Tidak. Kebanyakan negara-negara Islam percaya yang mereka mematuhi
Syariah di dalam hal-hal kekeluargaan tetapi Syariah bukanlah sistem
perundangan. Di negara-negara ini, mereka menggunakan sebahagian undang-
undang Islam di dalam hal-hal kekeluargaan dan selebihnya menggunakan
undang-undang berasal dari Eropah semasa penjajahan. Iran, Arab Saudi dan
sebilangan negara-negara lain mempunyai undang-undang bertunjangkan
Syariah, tetapi, kebanyakan undang-undang tersebut adalah sekular. Sedangkan
undang-undang tersebut yang datang dari undang-undang Islam berlainan dari
tempat ke tempat kerana ditafsir oleh orang yang berbeza dan orang tersebut
dipengaruhi oleh budaya mereka.
Undang-undang Islam masih diikuti oleh kebanyakan orang Islam sebagai cara
hidup bukan sebagai undang-undang, tetapi pilihan peribadi, berdasarkan
pemahaman peribadi dan kepercayaan peribadi.
Adakah semua undang-undang di negara-negara Islam berasaskan
undang-undang Islam?
Tidak. Kebanyakan negara Islam menggunakan sebahagian versi undang-undang
keluarga Islam walaupun mereka menggunakan undang-undang sekular untuk
undang-undang yang lain.
Apakah maksud undang-undang keluarga Islam?
Undang-undang keluarga Islam ialah jenis undang-undang yang merangkumi
perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak dan taraf wanita. Ia juga boleh
dipanggil sebagai undang-undang status peribadi orang Islam. Idea undang-
undang keluar Islam telah diperkenalkan oleh penjajah Eropah. Mereka
mengasingkan undang-undang kekeluargaan dengan Syariah kemudian
menguatkuasakannya sebagai undang-undang persekutuan mengikut model
kerajaan Eropah. Undang-undang yang lain berasal dari Eropah.
Apakah bentuk undang-undang di negara-negara Islam
sebelum dan semasa zaman penjajahan
Adakah Syariah digunakan sebagai undang-undang semasa di zaman
Nabi Muhammad SAW?
Tidak. Semasa zaman Nabi dan 150 tahun selepas kewafatannya, Syariah tidak
wujud seperti apa yang kita ada sekarang. Manusia tidak menjadikan Syariah
sebagai sistem perundangan.
Adakah masyarakat Islam pada waktu oitu dikawal oleh undang-undang
Islam?
Tidak. Di zaman awal masyarakat Islam diperintah oleh Khalifah seperti Al
Khulafa Al Rashidun (khalifah yang diberi petunjuk) dan kemudian ditadbir oleh
raja dan maharaja. Pemimpin-pemimpin ini mencampur adukkan idea Islam
dengan perundangan sekular yang telah lama wujud. Empayar Islam ini tidak
ada “undang-undang” yang kita ada sekarang, dengan kerajaan yang membuat
undang-undang mengikat semua rakyat, dengan kerajaan menguatkuasakan
undang-undang tersebut di semua kawasan. Masyarakat Islam mengaplikasikan
Syariah dengan cara yang tidak rasmi. Sedang masa berjalan, undang-undang
juga berubah. Sesetengah pemimpin Islam yang baru cuba membawakan
undang-undang yang lebih bersifat keislaman seperti mana yang mereka sendiri
fahami pada masa itu yang berkemungkinan lain dari apa yang dibawa oleh
pemimpin-pemimpin yang sebelumnya. Yang lain pula memperkenalkan undang-
undang sekular bertunjangkan budaya atau tujuan peribadi.
Adakah undang-undang di negara-negara Islam berubah semasa
dijajah?
Ya. Hampir kesemua negara Islam dikawal oleh Eropah iaitu negara bukan Islam.
Ini dipanggil penjajahan, negara-negara Islam dipanggil negara jajahan atau
naungan kepada negara Eropah yang mengawal mereka. Negara-negara Eropah
yang berkuasa pada masa itu ialah, Briton dan perancis yang mempunyai kuasa
menjajah. Negera-negara ini memperkenalkan undang-undang mereka dan
melaksanakannya di negara-negara Islam.
Sebelum penjajahan, orang Islam mengamalkan Syariah tetapi tidak
dikuatkuasakan oleh pemerintah. Penjajahan mengubah semua. Pengamalan
Syariah dahulu oleh masyarakat Islam digantikan dengan undang-undang
Eropah yang sudah maju. Jadi ia mudah untuk pemerintah untuk
menguatkuatkuasakannya.
Contohnya, sebelum penjajahan, pihak-pihak di dalam kes perundangan akan
memilih mazhab yang mereka mahu untuk dijadikan rujukan. Mereka juga akan
memilih hakim (Qadi) yang mahir dalam mazhab tersebut dan mewakili mereka.
Mereka memberikan kuasa kepada hakim untuk membuat keputusan. Mereka
tahu bahawa keputusan yang telah dibuat berdasarkan apa yang mereka percaya
dan menerima kesahihan keputusan tersebut. Semasa pemerintahan penjajah,
pilihan terdahulu tidak lagi ada. Kod undang-undang Eropah dicipta dan
digunakan oleh pemerintah mengikut kuasa mereka. Rakyat tidak ada pilihan
untuk memilih mazhab yang mereka mahu dan hakim yang mereka mahu
bertanyakan.
Ini telah terjadi di dalam semua bidang perundangan, tetapi sedikit berbeza di
dalam undang-undang kekeluargaan yang sepatutnya dipakai oleh Syariah. Di
dalam kes kekeluargaan, pemerintah memilih prinsip Syariah tertentu untuk
dijadikan undang-undang berdasarkan kecenderungan atau keutamaan mereka
sendiri. Kadangkala, pemerintah mencampuradukkan pendapat yang berlainan
dari Ulama’ yang berlainan untuk dijadikan undang-undang walaupun tidak
dipersetujui oleh Ulama’ sebagai sah.
Selepas kemerdekaan, orang Islam terus mempraktikkan Syariah sebagai sistem
perundangan seperti yang mereka telah lakukan di waktu penjajahan. Kesannya,
undang-undang keluarga Islam sama seperti undang-undang Eropah di waktu
penjajahan. Pemerintah Islam menggunakan taktik, “undang-undang ini ialah
dari Islam” untuk menarik rakyat supaya menerima sistem yang mereka cipta.
Zaman Awal
Peraturan/Unda
ng-undang yang
dibuat oleh…
Islam
Nabi Muhammad
SAW
Para Sahabat RA
Pemimpin Islam
terawal
Sebelum
Penjajahan
Khalifah Kuasa Penjajahan Pemerintah
Semasa
Penjajahan
Peranan Syariah Bukan sebagai
undang-undang,
tetapi amalan
peribadi yang
sukarela.
Syariah yang
wujud sekarang
tidak pun wujud
pada zaman ini.
Pemerintah
menggunakan
Syariah untuk
menghalalkan
perbuatan mereka
dan mengekalkan
mereka dalam
kekuasaan.
Undang-undang
dipilih
Penjajah tidak
mengamalkan
undang-undang
Syariah.
Peranan
undang-undang
Islam
Membimbing
manusia di dalam
banyak perkara
dalam kehidupan
melalui
pengabdian
kepada Islam dan
aspek-aspek lain
yang ditekankan
oleh pemerintah.
Peranan
undang-undang
sekular
Undang-undang
adat dan amalan
biasa masyarakat
yang wujud
sebelum zaman
Nabi Muhammad
SAW dikekalkan.
berdasarkan
pilihan mereka
sendiri.
Kadangkala
undang-undang
tersebut mengikut
satu mazhab atau
bercampur
mazhab.
Undang-undang
Islam digunakan
untuk sesetengah
perkara,
manakala
mahkamah
sekular
menguruskan
perkara yang lain.
Apabila dua
sistem
bergabung,
Ulama’ Islam
kadangkala
memberikan
pendapat kepada
hakim sekular.
Undang-undang
yang telah wujud
dan amalan-
amalan tertentu
diselia oleh
pelbagai aspek
praktikal di dalam
masyarakat.
Undang-undang
Islam dibenarkan
untuk menyelia
kehidupan
kekeluargaan.
Kebanyakan
undang-undang
berasal dari
undang-undang
sekular di negara
penjajah.
Wujudkan mahkamah sekular di negara-negara Islam sebelum dijajah?
Ya. Mahkamah sekular wujud di zaman Umaiyah (Abad ke-661 hingga ke-750)
dan di zaman Abasiyah (sekitar abad ke-750). Mahkamah sekular ini
merangkumi isu-isu praktikal negara, sementara Syariah berurusan dengan
perkara keagamaan termasuk undang-undang kekeluargaan. Seterusnya, dua
sistem ini bergabung menjadi satu sistem, yang mana hakim sekular merujuk
Ulama’ Islam jika perlu. Ulama’ Islam atau mufti boleh menawarkan fatwa
berdasarkan tafsiran dari Syariah. Hakim sekular juga boleh menggunakan fatwa
di dalam pemutusan sesuatu perkara.
Adakah penjajahan mengakibatkan perubahan pada sistem perundangan
di negara-negara Islam?
Ya, tetapi bukan kesemuanya. Di zaman 1800-an, kuasa penjajah telah mencipta
mahkamah sekular, terutamanya untuk berurusan dengan kes-kes sivil dan
jenayah menggunakan undang-undang penjajah. Di negara yang dijajah,
undang-undang Islam dan sekular sering ditukar dengan undang-undang
penjajah yang baru. Akhirnya, undang-undang Islam menjadi lebih kecil skopnya
dan hanya tertumpu pada undang-undang kekeluargaan.
Pemahaman bagaimana Undang-undang keluarga Islam
digunakan pada zaman ini
Bolehkan sistem perundangan Islam kini menuntut yang ianya berasal
dari Syariah?
Tidak. Negara-negara Islam sekarang mengaplikasikan undang-undang yang
berasal dari tafsiran dan penghakiman manusia walaupun ia dipanggil “undang-
undang Islam”. Ini kerana beberapa sebab:
● Syariah ialah sistem keagamaan yang berbentuk moral, bukan sistem
perundangan
● Apabila negara-negara tertentu menuntut bahawa mereka menggunakan
undang-undang Islam, seperti di dalam undang-undang keluarga Islam,
mereka hanya boleh melaksanakannya dengan pemilihan tafsiran dari
Syariah oleh pemerintah mereka. Sesetengah undang-undang dipilih
daripada yang lain kerana mengikut keutamaan pemerintah atau undang-
undang tersebut boleh membantu agenda politik pemerintah tersebut.
Kesannya, ia tidak boleh diandaikan berasal dari Syariah dari mazhab
tertentu.
● Undang-undang meminta manusia untuk melakukan perkara tertentu,
tetapi Al Quran tidak pula memaksa pengikutnya dalam hal keagamaan.
Islam memberikan kebebasan untuk memilih di antara pendapat-pendapat
yang berbeza itu, dan pilihan itu haruslah dilakukan oleh individu. Kerana
di dalam Islam, hanya individu yang bertanggungjawab di atas pilihan
mereka di hadapan Allah SWT.
Wujudkah masalah jika menggunakan undang-undang Islam di dalam
perkara-perkara tertentu sahaja, seperti undang-undang keluarga
Islam?
Ya. Syariah sama ada dipanggil undang-undang Islam atau tidak, mengandungi
tanggungjawab agama yang perlu diamalkan dengan sukarela. Jika kerajaan
menguatkuasakan Syariah sebagai undang-undang, orang Islam akan hilang
peluang untuk berbeza pendapat dan sejak mereka tidak lagi ada peluang untuk
memilih, merea akan hilang ganjaran dari Allah untuk memilih perkara yang
terbaik. Penguatkuasaan dari kerajaan menggalakkan hipokrit (menyatakan atau
melakukan sesuatu, walhal percayakan yang lain) dan merampas kebebasan.
Masalah lain ialah Syariah terdiri dari prinsip-prinsip yang syumul. Syariah
mengambil kira perkara kehidupan yang lain, dari pekerjaan ke ibadah, dari
kehidupan dalam masyarakat ke kehidupan dalam keluarga, semuanya
bersangkut-paut. Untuk mempraktikkan Islam di dalam sebahagian sahaja
perkara menyebabkan Islam menjadi cacat. Contohnya, panduan Syariah
mengenai sokongan terhadap wanita yang telah bercerai berasal dari hubungan
perundangan dan kemasyarakatan antara manusia di zaman tertentu. Undang-
undang yang mengawal hubungan perundangan dan kemasyarakatan berubah
pada abad yang lalu. Jadi, jika ia dipraktikkan, ia akan menjurus kepada masalah
yang serius kerana hubungan tersebut telah pun berubah, yang boleh
membahayakan wanita dan keluarga. Keputusannya juga jauh dari keadilan yang
diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Contohnya, Syariah menganggap bahawa lelaki bertanggungjawab menyara
wanita dalam keluarga, termasuk adik-beradik perempuan yang telah bercerai
dan belum berkahwin. Kini, undang-undang tidak lagi meletakkan
tanggungjawab itu kepada lelaki. Ini telah menyebabkan ketidakadilan dan
percanggahan dalam Islam, jika wanita yang telah bercerai tidak ditanggung
oleh bekas suami di sesetengah tempat dan tidak boleh bekerja.
Wujudkah manusia yang menolak perubahan undang-undang
kekeluargaan di negara-negara Islam?
Ya. Undang-undang keluarga telah digunakan sebagai tiket untuk menawarkan
pemimpin yang beragama atau alim. Jadi pemimpin-pemimpin yang alim ini
tidak akan menolak undang-undang sekular melibatkan bisnes atau riba’ (di
dalam perbankan dan pinjaman). Penjajah telah mengawal semuanya kecuali
undang-undang keluarga. Sedangkan, pemimpin-pemimpin Islam menyerahkan
bidang ini kepada Ulama’ untuk meneruskan keamanan dan mendapatkan
sokongan padu politik. Di atas alasan yang demikian, undang-undang keluarga
Islam telah menjadi simbol kepada identiti orang Islam. Walaupun undang-
undang keluarga Islam tidak adil kepada wanita, untuk setengah orang Islam,
mengubahnya akan menyebabkan kehancuran Islam. Percaturan ke atas
undang-undang keluarga Islam telah menjadi percaturan ke atas orang Islam.
Bukannya apa yang betul dan apa yang salah dan apa yang benar-benar Islam.
Adakah status wanita terkesan dengan politik di negara-negara Islam?
Ya. Kerana undang-undang keluarga Islam telah menjadi simbolik dan digunakan
untuk menampilkan perbezaan antara kumpulan. Manusia telah menggunakan
status wanita sebagai contoh apa yang mereka percaya, contohnya: memaksa
wanita untuk memakai tudung, memaksa mereka untuk tidak memilih atau
membiarkan mereka untuk memilih; memberikan hak kepada wanita untuk
mengundi atau memberikan hak mengundi kepada lelaki sahaja; menyediakan
sekolah untuk kanak-kanak wanita, membenarkan kanak-kanak perempuan
untuk masuk ke sekolah dwi gender, atau melarang kanak-kanak perempuan
daripada ke sekolah. Sesetengah pihak membidas dengan mengatakan gerakan
kesamarataan wanita perlu dihentikan. Sesetengah pihak pula mengatakan
undang-undang keluarga Islam tidak boleh ditinggalkan kerana ramai yang
menggunakannya. Sebahagian lagi mengatakan ia perlu ditinggalkan untuk
menjadikan masyarakat Islam lebih adil untuk semua. Kedua-dua hujah ini
masih lagi mempunyai kesalahan kerana menganggap undang-undang keluarga
Islam sekarang sama dengan Syariah dan Islam yang sebenar. Walhal, itu
semua ialah interpretasi manusia.
Bolehkah negara-negara Islam sekarang menggunakan Syariah yang
berasal dari interpretasi manusia sebagai undang-undang?
Tidak. Mereka tidak patut berbuat demikian. Ini disebabkan oleh beberapa
faktor:
1. Syariah ialah panduan untuk kehidupan yang lebih bermoral dan
bertanggungjawab. Ia merangkumi hubungan dengan Allah SWT dan
manusia. Sudah tentu ia bersifat luwes atau fleksibel, padahal undang-
undang tidak bersifat begitu.
2. Syariah tidak memberikan semua benda untuk mewujudkan sistem
perundangan yang sempurna.
3. Negara-negara Islam sekarang berdiri di atas sistem Eropah. Ia telah
memberi kesan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Dengan
menggunakan sistem yang ada ini, mereka boleh turut serta dalam urusan
kebangsaan dan antarabangsa di dalam perjanjian hak asasi manusia,
bank dunia dan perdagangan dunia. Sesetengah perjanjian seperti
perjanjian hak asasi manusia memantulkan prinsip atau ajaran Al Quran
dan Nabi Muhammad SAW. Tetapi perbezaannya hanyalah ia diaplikasikan
di bawah kapasiti undang-undang antarabangsa dan bukannya di bawah
Islam. Apatah lagi, perjanjian-perjanjian ini bersifat mengikat walaupun
ada seksyen yang bercanggah dengan Syariah. Jika orang Islam ingin
menolak sistem dunia dan sistem Eropah ini untuk hidup sepenuhnya di
dalam Syariah, mereka perlu mengubah dari sistem kerajaan ke
halangahalangan politik yang wujud. Seterusnya, menjauhkan lagi umat
Islam dari dunia yang lain dari segi ekonomi dan politik.
Jika kerajaan tidak mempraktikkan undang-undang Islam, tidakkah
orang Islam makin jauh dari Islam?
Tidak. Undang-undang Islam sekarang bukan Syariah. Sama ada kerajaan
mempraktikkan undang-undang Islam atau tidak, individu yang perlu
mempraktikkan Islam mengikut kefahaman mereka mengenai Syariah bukan
dengan paksaan dari kerajaan. Jadi pilihan mereka tidak dipaksa oleh undang-
undang. Sebaliknya, dibimbing oleh kepercayaan. Masyarakat di zaman terawal
tidak hidup di dalam sistem perundangan Syariah, tetapi mereka masih lagi
diterima sebagai orang Islam yang terbaik dari generasi-generasi yang datang
selepasnya. Pilihan mereka dibimbing oleh kepercayaan bukannya ketakutan
diambil tindakan. Malah sekarang Islam telah berkembang di negara-negara
yang tidak mempunyai sejarah Islam dan tidak mempunyai kerajaan yang
mendakwa mereka ialah Islamik.
Adakah ruang untuk kehendak manusia di dalam Islam?
Ya. Ada hadith Nabi yang mengatakan, “semua perbuatan akan dinilai
berdasarkan niat, dan setiap individu akan diberikan ganjara atau dipersalahkan
berdasarkan niatnya”. Kehendak manusia dan kebebasan untuk memilih ialah
asas kepada semua tanggungjawab agama. Itulah sebab mengapa orang gila
dan kanak-kanak tidak dianggap “bertanggungjawab” dalam Islam. Menurut
sumber Islam, kehendak manusialah yang membezakan dengan manusia dengan
makhluk-makhluk yang lain. Kehendak manusia boleh membimbing manusia
kepada pilihan yang bermoral, sama ada undang-undang tersebut menuntut atau
melarang pilihan tersebut.
Dalam Islam, manusia yang memilih untuk membuat perkara yang bermoral
akan diberikan ganjaran oleh Allah berbanding manusia yang tidak ada pilihan.
Al Quran mengajar tidak ada paksaan sama sekali di dalam agama! Jadi
manusia tidak wajar untuk dipaksa (undang-undang atau paksaan fizikal) untuk
mengikuti apa-apa bahagian dari islam. Dengan paksaan, secara langsung akan
merampas pilihan manusia dan menghalang mereka dari mendekati Allah
berdasarkan pilihan dan kepercayaan mereka.
Adakah manusia memainkan peranan dalam undang-undang?
Ya. Tanpa kebebasan kehendak, tidak akan ada tanggungjawab. Tiada siapa
yang akan dipersalahkan atau diberikan ganjara berdasarkan perbuatan mereka.
Kehendak manusia ialah tunjang kepada semua aspek undang-undang.
● Undang-undang wujud untuk menghalang atau mengecilkan kehendak
manusia
● Pemimpin akan menggunakan kehendaknya ketika membuat undang-
undang
● Pemimpin akan menggunakan kehendaknya ketika memilih bagaimana
untuk menguatkuasakan undang-undang
● Pemimpin akan menggunakan kehendaknya ketika menafsir undang-
undang
● Manusia akan menggunakan kehendak mereka ketika memutuskan sama
ada untuk mematuhi atau tidak mematuhi undang-undang
Peranan kehendak manusia ialah sebab mengapa Syariah berbeza dari negara ke
negara Islam.
Adakah keperluan untuk mengubah undang-undang keluarga Islam di
negara-negara Islam?
Ya. Sesetengah orang mempertahan undang-undang ini walaupun ianya salah di
mata Syariah. Walhal ini salah. Undang-undang Islam sekarang tidak boleh
dipanggil Syariah. Mempraktikkan Syariah yang telah diubah dan mempraktikkan
hanya sebahagian darinya menyebabkan masalah sosial seperti isu hak asasi
manusia. Undang-undang kekeluargaan di negara Islam perlu dipandu oleh polisi
sosial yang adil dan oleh prinsip-prinsip Islam yang tidak mencacatkan Al Quran.
Untuk maklumat lanjut tentang topik yang berkaitan, sila rujuk:
● Islamic Family Law in a Changing World: A Global Resource Book, ed.
Abdullahi Ahmed An-Na’im. Zed Books. 2002.
● Toward an Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights and
International Law. Abdullahi Ahmed An-Na’im. Syracuse University Press.
1990.
● Islam and the Secular State: Negotiating the Future of Sharia. Abdullahi
Ahmed An-Na’im. Harvard University Press. 2008.