Komuniti Muslim Universal (KMU) telah berjaya melancarkan sebuah buku kecil sulungnya yang diberi nama “Booklet #UlamaBersamaWanita” dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang boleh di muat turun di laman sesawang KMU Malaysia. Ia adalah hasil kompilasi dan rumusan kepada keseluruhan projek #UlamaBersamaWanita yang merupakan sebuah inisiatif untuk memperkasa agamawan, pemimpin masyarakat, penggubal polisi, ahli akademik, dan belia untuk membela hak-hak wanita dan menolak penindasan ke atas wanita dalam kerangka melawan ekstremisme.

 

Muat turun buku UlamaBersamaWanita di capaian berikut: