Kami bersaksi bahawasanya:

  • Serangan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan terutamanya keganasan rumah tangga, serangan asid, pembunuhan tebus maruah, pemotongan kemaluan wanita dan nikah paksa telah menjadi masalah yang kian meruncing di negara-negara Islam. Ianya adalah kejam, tidakberperikemanusiaan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

 

  • Islam tidak pernah menggalakkan perkara yang membawa kepada penghinaan, pukulan, pencacatan dan pembunuhan secara terang-terangan, terutamanya tidak mengenakan dan menekankan pendapat seseorang ke atas individu yang lain. Tetapi Islam mengajar kita untuk menerima kepelbagaian dalam berpendapat dengan cara toleransi dan kesabaran. “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” (109:6) dan “Tiada paksaan di dalam agama” (2:256).

Khususnya, lelaki telah diperintahkan oleh Allah untuk menjaga wanita dengan penuh kehormatan dan kebaikan.

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak” (4:19).

Malah, Surah Al Baqarah juga menekankan kepentingan berbuat baik di dalam perkahwinan yang mengalami konflik:

“Berpegang terus dengan baik atau berpisah dengan baik” (2.229).

Rasulullah juga menjelaskan bagaimana lelaki perlu melayan wanita,

“Umat yang sempurna ialah mereka yang baik budi pekerti. Umat yang terbaik dari kalangan kamu adalah yang baik terhadap isteri mereka” (Riwayat Tirmidzi 1/217).

Ini adalah ajaran yang jelas bahawa wanita perlu dihormati and dilayan dengan kebaikan supaya

  • mereka tidak dijadikan subjek serangan yang menghinakan, tidak dibahayakan oleh individu-individu
  • yang sepatutnya mempunyai sifat keihsanan, ataupun dibunuh oleh mereka yang sepatutnya
  • mempunyai sifat kasih-sayang. Selain hati nurani dan pendapat yang mendorong kita, Al Quran
  • menyatakan “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
  • menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun
  • terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu” (4:135). Kami menyeru semua
  • kerajaan di negara-negara Islam untuk:
  •  Merangka undang-undang yang melarang dan mensabitkan keganasan rumah tangga, serangan
  • asid, pembunuhan tebus maruah, pemotongan kemaluan wanita dan nikah paksa sebagai
  • kesalahan jenayah
  •  Menguatkan undang-undang mengenai keganasan rumah tangga, serangan asid, pembunuhan
  • tebus maruah, pemotongan kemaluan wanita dan nikah paksa dengan hukuman yang keras
  • dan/atau denda
  •  Menjamin bahawa undang-undang ini dikuatkuasakan dan pelaku jenayah dibawa ke muka
  • pengadilan dengan telus dan terus
  •  Menyediakan sumber-sumber keperluan untuk wanita yang perlu melarikan diri dari situasi
  • keluarga yang berbahaya seperti, perintah perlindungan, rumah yang selamat dan
  • perlindungan dalam jangka panjang
  •  Melibatkan diri dalam kempen pendidikan untuk meningkatkan budaya hormat kepada wanita
  • di dalam hak-hak sejagat, kemanusiaan dan Islam
  •  Menyediakan kemudahan dan kewangan untuk membanteras keganasan terhadap wanita dan
  • kanak-kanak perempuan, dan
  •  Menyediakan program kepimpinan yang mengutuk perilaku ganas terhadap wanita dan kanak-
  • kanak perempuan.
  • Negara tersebut mampu dikatakan sebagai “Negara Islam”, jika wanita dan kanak-kanak perempuan
  • hidup dalam keadaan yang bermaruah, selamat, tidak takut dibahayakan oleh ahli keluarga dan
  • mempunyai naluri yang bebas seperti yang digalakkan oleh Al Quran.