Tarikh |
Topik Tematik |
Latar Belakang |
12 Ogos 2020 |
Hak Kebebasan Agama 101 |
Topik ini bertujuan untuk menerokai konsep-konsep yang wujud dalam hak kebebasan beragama dan selok-belok rumit yang wujud dalam hubung kaitnya dengan bangsa dan etnisiti di Malaysia daripada sudut pandang undang-undang, falsafah, teologi, sosiologi, politik, dll. Apakah yang dimaksudkan dengan hak kebebasan beragama dalam perspektif yang lebih luas dan bagaimanakah ianya berkait dengan bangsa serta etnisiti? Apakah ertinya untuk mempunyai hak kebebasan agama dalam negara berbilang bangsa dan etnisiti? Apakah amalan terbaik mengenai hak kebebasan beragama yang wujud pada peringkat antarabangsa yang boleh dipelajari dan dicontohi oleh rakyat Malaysia? |
12 September 2020 |
Arah Tuju Hubungan Antara Agama dan Kaum Selepas 63 Tahun Kemerdekaan di Malaysia |
Tujuannya adalah untuk mengupas mengenai perkembangan (kemajuan dan kemerosotan) yang ada pada hak kebebasan beragama di Malaysia daripada apek sejarah, sosiologi, undang-undang dan dasar negara bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos. Adakah Malaysia yang berbilang kaum dan agama merupakan sebuah ideal yang hanya wujud pada masa lampau sahaja? |
12 Oktober 2020 |
Risiko Kebencian Antara Agama dan Kaum Pasca-COVID-19 |
Dengan mengambil kira pandemik berskala global yang berlaku pada hari ini, wujudnya peningkatan yang tinggi pada ucapan kebencian yang berlaku di dalam talian, menyasarkan beberapa kumpulan etnik, bangsa dan agama. Bagaimanakah penggunaan media sosial secara tidak beretika telah menyumbang kepada permasalahan ini dan apakah cara yang beretika dalam menggunakan media sosial? Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan risiko ucapan kebencian yang berpotensi untuk menarik pendapat umum yang bersifat regresif dan seterusnya merealisasikan diskriminasi terhadap beberapa kumpulan bangsa, etnik dan agama? |
12 November 2020 |
Dialog Antara Agama dan Kaum Pemangkin Kesefahaman dan Kedamaian |
Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, dialog antara agama bukanlah satu amalan yang menjadi kebiasaan dan ianya dilabel dengan stigma buruk oleh masyarakat. Pada beberapa keadaan, ia dijadikan sebagai satu ruang yang digunakan untuk menarik seseorang untuk menganut agama mereka. Daripada ruang tersebut digunakan untuk mencari persefahaman bersama, meletakkan sifat kemanusiaan kepada ‘mereka yang lain’ dan menghubungkan halangan manusia dalam satu ruang yang menyatukan manusia. Bagaimanakah caranya untuk kita menjadikan dialog antara agama sebagai satu norma baik dalam kehidupan bermasyarakat dengan cara yang lebih bermakna walaupun wujudnya pelbagai halangan? Apakah cara yang sesuai untuk menerapkan mesej-mesej persamaan yang terdapat dalam setiap agama seperti keamanan, kewujudan bersama dan kemanusiaan dalam kehidupan seharian? |
12 Disember 2020 |
Peranan Pemimpin Negara dan Masyarakat dalam Melindungi Hak Beragama |
Para pemimpin agama dan institusi keagamaan mempunyai kuasa eksekutif yang luas serta legitimasi pada pandangan masyarakat. Mereka selalunya dikritik kerana tidak mendukung nilai-nilai hak asasi manusia, dilihat sebagai tidak bersifat inklusif kepada golongan minoriti agama dan bangsa. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengambil satu peranan penting untuk mempromosikan prinsip tidak-berdiskriminasi dan persamaan kepada semua bangsa dan agama? Bagaimanakah caranya untuk kita mencontohi amalan-amalan terbaik dalam hak kebebasan beragama dengan melihat kepada negara-negara lain yang majoritinya merupakan penganut agama Islam? Apakah cara yang terbaik untuk rakyat Malaysia menambah baik amalan sedia ada? |