Perbincangan Panel Siri #2: Risiko Kebencian Antara Agama dan Kaum di Era Covid-19

 

Tarikh: 11 September 2020 / Jumaat

Masa: 8.30 – 9.45 pm (Malaysia)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/3lHJm7g

 

Perbincangan Panel Siri #2 kali ini akan mengambil kira latar belakang pandemik Covid-19 yang berlaku pada hari ini. Di mana wujudnya peningkatan pada ucapan kebencian di media sosial dengan penyebaran maklumat yang menyasarkan kepada kumpulan kaum dan agama tertentu. Selain itu, kebencian ini berisiko untuk menular dalam ruang fizikal seharian yang boleh diterjemah dalam bentuk sikap dan perbuatan mendiskriminasi dan keganasan.

Antara persoalan yang ingin dirungkai termasuk; Bagaimanakah penggunaan media sosial secara tidak beretika telah menyumbang kepada permasalahan ini dan apakah etika penggunaan media sosial? Apakah cara-cara untuk mengurangkan risiko ucapan kebencian yang berpotensi menarik pendapat umum yang bersifat regresif dalam isu kaum dan agama? Apakah peranan masyarakat, kerajaan dan lain-lain?

Seperti biasa, kami menampilkan para panelis yang pakar dalam bidang masing-masing untuk membincangkan isu yang semakin meruncing di era Covid-19. Daftar sekarang!

 

Maklumat Panelis

 

Nalini Elumalai 

Nalini Elumalai adalah seorang aktivis hak asasi manusia yang berpengalaman selama 15 tahun. Beliau kini adalah Penyelaras Program Malaysia di ARTICLE 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Nalini juga pernah berkhidmat di Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selama 8 tahun sebagai Penyelaras Kempen Mansuhkan ISA dan juga bekas Pengarah Ekesukitf di SUARAM.

 

Dr. Ananthi Al-Ramiah

Dr. Ananthi Al-Ramiah adalah ahli psikologi sosial dan pengarah Dataluminiscence Research di Kuala Lumpur yang merupakan sebuah pusat penyelidikan yang berperanan untuk memberikan penjelasan dan nuansa mengenai cabaran sosial yang kompleks berteraskan data. Penyelidikan beliau merangkumi bidang hubungan antara kaum dan agama, dasar pendidikan tentang kaum dan perpaduan nasional, multikulturalisme dan ekstremisme agama. Antara penulisan akademik beliau telah diterbitkan di jurnal seperti American Psychologist dan Proceeding of the National Academy of Sciences. Beliau juga merupakan penyunting akhbar di Malaysia dan penerima biasiswa Maxis dan Rhodes. Beliau telah menerima PhD dari Jabatan Psikologi Eksperimen, University of Oxford.

 

Harris Zainul 

Harris Zainul adalah seorang penganalisa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. Antara bidang kajian beliau di ISIS Malaysia adalah tentang gejala berita palsu dan akibatnya ke atas masyarakat dan sistem demokrasi. Terdahulu, beliau adalah seorang Ahli Lantikan Menteri di Majlis Perundingan Belia Negara, ahli Parlimen Belia Malaysia mewakili negeri Selangor, dan Felo Perdana kepada YAB Timbalan Perdana Menteri. Beliau memegang ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari University of Liverpool dan ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dari School of Oriental and African Studies di London.

 

Aizat Shamsuddin (Moderator)

Aizat Shamsuddin merupakan penyelaras projek Komuniti Muslim Universal. Penyelidikan dan pengalaman beliau tertumpu pada bidang pencegahan ekstremisme, terrorisme dan hak asasi manusia. Pada tahun 2018, beliau dianugerahkan biasiswa Australia Awards oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia dan ASEAN untuk program sarjana di University of Melbourne dalam pengkhususan counterterrorism, konflik dan politik Islam. Beliau juga mempunyai pendidikan dalam undang-undang dan Syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia.