Visi dan Misi KMU ialah menyuarakan dan menekankan prinsip-prinsip asas dalam al-Quran dan al-Hadith seperti kesamarataan, kasih sayang, keadilan sejagat dan kehormatan manusia supaya pada akhirnya umat Islam akan merujuk sumber-sumber tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan.

Kami juga berpegang pada 10 dasar utama bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith seperti berikut:

Kami menerima sesiapa pun yang mengakui dirinya seorang Muslim. Kebenaran dan ketelusan tuntutan tersebut adalah antara individu dan Tuhan, dan ianya bukan urusan atau isu orang lain untuk menilai. Kami menjemput baik pihak yang ingin berbincang, menyebarkan dan berusaha merealisasikan nilai-nilai progresif kami seperti hak-hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan pengasingan agama dari politik, juga kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam.
Kami menekankan nilai yang sama antara semua manusia, tidak mengira kaum, jantina, pengenalan jantina, etnik, seksualiti atau kemampuan fizikal. Kami komited untuk berkerja dengan masyarakat antarabangsa yang menjamin peluang sosial, pendidikan dan ekonomi kepada semua.
Kami percaya bahawa kebebasan wijdan atau hati naluri tidak hanya penting untuk semua masyarakat tetapi ianya seiring dengan pandangan Al Quran berkenaan dengan prinsip kemanusiaan. Kami percaya bahawa agama perlu diasingkan dari politik untuk menjaga kesucian agama dari kepentingan kepartian. Namun, nilai-nilai progresif boleh diterapkan untuk memacu pentadbiran berintegriti.
Kami menyokong penuh kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berbeza pendapat. Tiada seorang pun yang layak didakwa, dipenjara atau ditahan kerana mengisytiharkan atau menyebarkan pendapat yang berbeza dari majoriti, sama ada ianya berkaitan dengan politik, artistik, sosial atau agama. Mahupun pendapat tersebut bersifat mengancam dan berbentuk penodaan terhadap agama.
Kami mendokong keadilan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Kami percaya bahawa proses merealisasikan sepenuhnya potensi diri dalam keadaan yang aman dan mampan ialah pra-syarat untuk kebebasan, kesopanan dan keamanan. Kami juga menyokong usaha pihak tertentu dalam penubuhan dan penggalakan pusat penjagaan kesihatan, pendidikan awam, perlindungan alam sekitar dan pembasmian kemiskinan.
Kami menyokong agensi wanita dan keazaman wanita di dalam semua aspek kehidupan. Kami percaya penglibatan wanita di dalam masyarakat pada setiap sudut. Kami menegaskan bahawa komitmen kami adalah untuk keadilan reproduksi dan pemerkasaan wanita di dalam membuat keputusan berkenaan dengan tubuh, seksualiti dan reproduksi mereka.
Kami menyokong penuh kesamarataan dan penglibatan semua individu tanpa mengira orientasi seksual dan identiti jantina dalam kalangan masyarakat dan komuniti Muslim. Kami menolak diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina. Penglibatan penuh mereka dalam merencana masyarakat Islam yang syumul penting daripada pengisihan.
Kami menggalakkan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang menggarapkan prinsip toleransi, keterangkuman, ihsan, kasih-sayang dan keadilan. Kami menyahut penglibatan kritis di dalam kitab Islam, hukum-hakam dan wacana kotemporari. Kami percaya bahawa pemikiran kritis adalah pemangkin kepada pembangunan rohani.
Kami menekankan bahawa sifat kasih-sayang dan ihsan perlu dijadikan panduan di dalam semua aspek kelakuan manusia. Kami menolak keganasan, sama ada terhadap individu, organisasi atau entiti lain.
Kami berpegang kepada kepelbagaian ilham yang menggalakkan keadilan. Kami menekankan bahawasanya satu-satu agama dan kepercayaan tidak boleh menghukum dan menyesatkan yang lain selagi tiada perbuatan keganasan. Kami melibatkan diri dalam kepelbagaian kefalsafahan dan kerohanian untuk meneruskan dunia yang lebih adil, aman dan lestari.