0%
rekrutmen penyokong ISIS di Malaysia dijalankan dalam talian[1]
0
jumlah laman web kumpulan pengganas di rantau ini[2]
0%
Muslim di Malaysia risau terhadap extremisme agama[3]

Kita perlu tanganinya segera!

Teruskan skrol ke bawah untuk mengetahui bagaimana.

#SarasehanKMU

sarasehan /sa·ra·séh·an/ k.n. pertemuan yang diselenggarakan untuk mendengarkan pendapat ahli dan pakar mengenai suatu masalah dalam bidang tertentu; simposium.

Tiket Majlis Makan Malam Amal KMU yang telah dibeli | 25%
CSO & NGO yang telah sahkah kehadiran | 70%
Sabtu-Ahad, 14-15 November
Hotel Swiss-Garden, KL
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

Menyedari kegentingan isu radikalisme dan kelampauan agama yang semakin meruncing ini, Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia) rasa bertanggungjawab untuk berganding bahu dengan rakan-rakan pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan yang lain buat julung-julung kalinya untuk menganjurkan sebuah persidangan dengan tema “Rundingan Ke Arah Malaysia Merdeka dan Progresif: Menjalin Kerjasama Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Menangani Radikalisme Agama” bersempena dengan acara #SarasehanKMU pada tahun ini.

Objektif

Menyediakan wadah untuk penggerak pertubuhan masyarakat sivil yang berkhidmat dalam kesamarataan gender, ras, agama dan ekonomi untuk berinteraksi, berkerjasama serta mempelajari daripada pakar dan antara satu sama lain dalam konteks Malaysia.
Membincangkan dan merungkai cabaran, isu dan masalah utama di Malaysia berkenaan bagaimana agama, adat, budaya dan politik digunakan untuk melanggari prinsip sejagat dan hak asasi manusia serta menyekat kemajuan ke arah negara yang merdeka, majmuk dan setara.
Berkongsi dan mengenalpasti strategi, amalan terbaik, kekuatan dan peluang yang boleh dimanfaatkan daripada pertubuhan masyarakat sivil terlibat dalam rangka memperkasakan objektif dan matlamat bersama.

Sasaran Penyertaan

  • CSO & NGO
  • Penggubal Undang-Undang
  • Golongan Belia
  • Kumpulan Profesional & Akademia
  • Masyarakat Awam

Penampilan Utama

Dato' Noor Farida Ariffin
Dato' Noor Farida AriffinG25 Malaysia
Dato’ Noor Farida Ariffin adalah tokoh diplomat Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Program Wanita dan Pembangunan dalam Sekretariat Commonwealth (1988-1993). Beliau pernah menjawat sejumlah kedudukan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di Malaysia dan, pada tahun 2000, telah dilantik sebagai Duta Besar ke Belanda sehingga tahun 2007. Beliau telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 2012 dan kini bergiat dalam Kumpulan G25.
Ani Zonneveld
Ani ZonneveldMuslim for Progressive Values USA
Ani Zonneveld adalah pengarang, penyanyi dan penulis lirik serta aktivis hak asasi manusia. Beliau sering menyampaikan mesej keadilan sosial, kemanusiaan dan keamanan daripada perspektif yang inklusif. Beliau juga adalah pengasas dan presiden kepada gerakan Muslims for Progressive Values (MPV) yang ditubuhkan pada tahun 2007, satu-satunya NGO yang mendapatkan status khas “Consultative” dalam proses Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kempen menangani radikalisme agama.
Afiq M. Noor
Afiq M. NoorIMAN Research
Afiq M. Noor pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus untuk Sokongan Perundangan dan Pendidikan Awam di sebuah organisasi hak asasi manusia. Kini beliau bertugas di IMAN Research.

Acara Utama

Penyertaan & Perhubungan

  • Sekiranya anda mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang ingin untuk mengetahui lebih lanjut atau menyertai Sidang Meja Bulat bersama CSO & NGO, anda boleh hubungi terus kami melalui e-mel salam@kmumalaysia.org dengan tajuk, “PER: Sarasehan KMU: Sidang Meja Bulat”.
  • Jika anda berhasrat untuk menghadiri Forum Khas Bersama G25, MPV & IMAN Research dengan membeli tiket Majlis Makan Malam Amal KMU, anda dipersilakan untuk berbicara melalui e-mel kami salam@kmumalaysia.org dengan tajuk: PER: FORUM KHAS KMU.