Declaration of #UlamaForWomen

In the Name of God, the Most Gracious and the Most Merciful,

On 27 September 2017, a group of religious and community leaders, legal practitioners, policy-makers, civil society organisations, and youth leaders convened at the #UlamaBersamaWanita Closed Consultation in Kuala Lumpur, concluding with a ground-breaking joint declaration to build collectively a strong alliance of #UlamaBersamaWanita, debunk marital rape at societal and systemic levels, and encourage dialogue among multi-stakeholders on women’s rights, gender parity, and women’s empowerment.

The participants affirmed their commitment to:

  1. Note and address the serious impacts of rising extremism on women’s rights, including forced marriage, deprivation to education, participation in public life, to sexual and gender-based violence (SGBV).
  2. Uphold and empower women’s rights, gender parity, and women’s empowerment in Malaysia, in line with the international standards.
  3. Believe that Islam honours women and protects their rights from unjust and discriminatory laws, treatment, and religious interpretations.
  4. Call upon the politicians and policy-makers to take necessary steps based on law and politics in reviewing Section 375 of the Penal Code and/or amend any existing legislation to recognize marital rape as a crime, in support of women’s effective and equal access to justice.
  5. Adopt religious and cultural approaches or interpretations that counter violence against women and contain positive attitudes towards women particularly in marriage.
  6. Call upon the Malaysian government to implement its commitment to Goal 10 of the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs) by repealing existing discriminatory laws, policies against women and promote best practices against marital rape.
  7. Call upon religious and community leaders to confront and debunk all forms of religious bigotry, vilification, and denigration tantamount to the objectification of women in marriage.
  8. Call upon the civil society organizations and scholars to establish a broad movement of women’s rights, especially in Muslim-majority countries, to raise awareness as to their rights, and work together to ensure the success of these efforts.

Hereby, the alliance of #UlamaBersamaWanita agreed that this Declaration will be used for education and advocacy purposes in an effort to prevent extremism and promote women’s rights.

 


Deklarasi #UlamaBersamaWanita

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Pada 27 September 2017, satu perbincangan yang terdiri daripada para agamawan, pemimpin masyarakat, pengamal undang-undang, penggubal polisi dan belia telah berhimpun di Persidangan Tertutup #UlamaBersamaWanita yang bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia telah bersepakat untuk menyimpulkan satu perisytiharan bersama, berjanji untuk membina satu pakatan utuh #UlamaBersamaWanita yang proaktif menentang keganasan dan penderaan seksual dalam perkahwinan di peringkat masyarakat secara sistematik dan seterusnya menggalakkan dialog antara pelbagai pihak berkepentingan mengenai hak-hak wanita, kesetaraan gender dan pemerdayaan wanita.

Para peserta bersepakat dengan komitmen untuk:

  1. Memerhatikan dan menegaskan kesan serius peningkatan ekstremisme terhadap hak-hak wanita dalam isu paksaan perkahwinan, penafian hak dalam pendidikan, penyertaan dalam ruang awam, keganasan dan kekerasan berasaskan seksual dan gender (SGBV) yang bersifat sistematik.
  2. Memberdaya dan menegakkan hak-hak wanita, kesetaraan gender dan pemerkasaan wanita di Malaysia menurut piawaian antarabangsa.
  3. Yakin bahawa Islam merahmati wanita dan hak-hak mereka daripada undang-undang, layanan dan penafsiran agama yang bersifat tidak adil dan mendiskriminasi wanita.
  4. Menyeru ahli-ahli politik dan penggubal polisi untuk mengambil tindakan sewajarnya berasaskan undang-undang dan politik untuk meminda Kanun Keseksaan dengan memansuhkan Pengecualian kepada Seksyen 375 dan/atau meminda mana-mana undang- undang lain yang sedia ada untuk mengiktiraf keganasan dan penderaan seksual dalam perkahwinan sebagai satu kesalahan jenayah, dalam usaha menyokong golongan wanita dalam mendapatkan akses kepada keadilan secara efektif dan sama rata.
  5. Menerima pakai pendekatan agama dan budaya atau tafsiran agama dalam menentang keganasan terhadap wanita dan menyemai sikap positif terhadap wanita khususnya dalam perkahwinan.
  6. Menyeru komitmen Kerajaan Malaysia untuk mengambil peranan yang sewajarnya dalam merealisasikan Objektif Kesepuluh dalam Pembangunan Matlamat Lestari (SDGs) oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memansuhkan undang-undang, polisi dan budaya yang bersifat diskriminasi dan seterusnya menggalakkan undang-undang, dasar dan tindakan sewajarnya berhubung keganasan dan penderaan seksual dalam perkahwinan.
  7. Menyeru para agamawan dan pemimpin masyarakat untuk kehadapan dan menolak kesemua bentuk ketaksuban agama dan tanggapan yang menjadikan wanita sebagai objek dalam perkahwinan.
  8. Menyeru organisasi masyarakat sivil dan cendekiawa untuk membentuk gerakan yang luas berkaitan hak-hak wanita terutamanya di negara-negara Islam, untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan mengenai hak-hak mereka dan seterusnya bekerjasama bagi memastikan keberhasilan usaha-usaha ini.

Dengan ini, pakatan #UlamaBersamaWanita bersetuju bahawa Deklarasi akan digunakan sebagai satu platform pendidikan dan advokasi untuk pencegahan dan penyelesaian keganasan dan kekerasan berasaskan seksual dan gender (SGBV) dalam perkahwinan di semua peringkat masyarakat.